Bahasa jiwa bangsa. Terma yang acapkali didengari ini seringkali diungkapkan, namun sejauh manakah kebenaran atau kesahihannya serta di manakah realitinya? Kebanyakan masyarakat Malaysia kini atau bangsa Melayu khususnya sudah mula mengklasifikasikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara yang "sudah semakin lapuk, dek ditelan zaman". Oleh yang demikian, adakah masih relevan ekspresi ini yang kelihatan semakin lama semakin canggung dan menjengkelkan untuk didengari?
Fenomena yang meluluhkan hati terutamanya untuk golongan cendekiawan dan penjuang bahasa ini seharusnya diberikan perhatian yang menyeluruh agar bahasa Melayu terus hidup sebagai bahasa kebanggaan setiap anak Melayu.
Akar Umbi Bahasa Melayu
Meskipun masih belum dapat dibuktikan atau disahkan oleh sejarawan, asal-usul bahasa Melayu sedikit sebanyak kerap dikaitkan dengan beberapa bukti sejarah. Antaranya adalah catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan yang bergelar Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645Masihi. Sejak kewujudan bahasa Melayu, ahli bahasa telah mengelaskan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara yang menjadi lingua franca atau bahasa pentadbiran dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman Kerajaan Sriwijaya, di mana penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Dianggap bersifat sederhana, mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susur lapis masyarakat serta dipercayai sebagai mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Peralihan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu Klasik dikatakan mula berakhir bermula pada abad ke-19, di mana hasil karangan Munsyi Abdullah diangkat sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden yang ditetapakan sebagai bahasa kebangsaan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.
Kepentingan Bahasa Melayu Masa Kini
Di atas kekecewaan yang tinggi, ahli bahasa dan cendekiawan hari ini semakin galak dengan tulisan-tulisan kesasterawan serta moden untuk dijadikan bahan bacaan anak muda. Buku cerita bahasa Melayu sering diterapkan kepentingannya dalam majlis-majlis amal atau pesta-pesta buku yang kian hari kian pesat diadakan. Tanpa dijangka, usaha-usaha ini telah membuahkan hasil yang mengagumkan di mana buku bahasa Melayu kini dijadikan peneman kebanyakan masyarakat Malaysia tidak mengira bangsa. Antara pengarang-pengarang buku popular masa kini yang sering dianggap sebagai pejuang bahasa adalah A. Samad Said dan Usman Awang, di mana karya-karya mereka merangkumi penulisan kesasterawan serta tulisan moden, yang juga menjadi pemangkin untuk anak bangsa Melayu khususnya menjadikan buku cerita Melayu sebagai teman di kala lapang.
Sekiranya ada juga pencinta bahasa Melayu yang sering ketandusan sumber buku cerita bahasa Melayu dan buku Bahasa Melayu, Lazada.com.my pastinya menjadi pilihan anda. Pelbagai jenis buku Melayu boleh didapati di mana ia bukan sahaja merangkumi buku cerita golongan dewasa, malahan pelbagai buku bahasa Melayu yang bersesusaian untuk kanak-kanak serta golongan remaja. Sama ada anda pencinta sastera, mahupun peminat bahasa Melayu moden, segalanya di sini.