Kategori

Pusat Bantuan - Pesanan & Pembayaran

Bagaimana membuat pesanan?

Untuk arahan selengkapnya, klik sini http://www.lazada.com.my/how-to-buy/

Saya telah membuat pesanan dan mengesah pembayaran dengan Lazada. Apa langkah selanjutnya?

Satu pengesahan pesanan dengan ringkasan pesanan akan dihantar menerusi emel dan SMS sebaik anda selesai membuat pesanan.

Kami juga akan menghantar makluman menerusi emel dan SMS, dari semasa ke semasa, mengenai status pesanan anda. Anda boleh menyemak status pesanan secara dalam talian menerusi Order Tracking tool.

Bagaimana membuat pesanan tanpa memiliki akaun dengan laman web Lazada?

Anda boleh membuat pesanan di Lazada tanpa sebarang akaun:

  1. Pilih produk yang ingin dibeli, kemudian teruskan dengan daftar keluar (checkout)
  2. 1. Pada langkah Email Login, masukkan alamat emel anda dan pilih “Choose without password”


  3. Masukkan maklumat penghantaran dan pilih kaedah pembayaran.
  4. Masukkan pesanan anda.

Bagi mendapat arahan selengkapnya mengenai cara membuat pesanan, sila layari www.lazada.com.my/how-to-buy

Kami menggalakkan anda mendaftar akaun, supaya dimaklumi dengan promosi terkini lagi menarik dari Lazada, serta maklumat dan sejarah pesanan anda disimpan, dan anda menikmati pengalaman terbaik membeli-belah secara dalam talian.

Bolehkan saya menelefon Lazada untuk membuat pesanan?

Kami boleh membantu anda membuat pesanan melalui telefon, jika kaedah pembayaran pilihan anda ialah Tunai Setelah Penghantaran (COD).

Namun, kami mengesyor supaya anda semak kaedah pembelian secara dalam talian di sini www.lazada.com.my/how-to-buy

Jika anda gagal membuat pesanan secara dalam talian, sila hubungi Customer Service [klik], dan kami sentiasa bersedia membantu anda.

Bagaimana menyingkir keluar item dari kart beli-belah?

Bagi menyingkir keluar satu-satu item dari kart beli-belah, anda boleh:

  • Klik pada ikon Kart pada bahagian atas laman Lazada untuk berpindah ke laman kart beli-belah anda


  • Klik "Remove item"

Kart anda akan dikemaskini dan item tersebut akan disingkir keluar.

Adakah saya akan menerima pengesahan pesanan selepas membuat pesanan?

Satu pengesahan pesanan berserta ringkasan pesanan akan dihantar kepada anda melalui emel atau SMS selepas anda membuat pesanan.

Kami juga akan menghantar makluman menerusi emel dan SMS, dari semasa ke semasa, mengenai status pesanan anda.

Saya tidak dapat memasukkan barangan yang saya pilih ke dalam cart saya, mengapa perkara ini berlaku?

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan barangan yang anda pilih ke dalam cart anda, kemungkinan besar barang tersebut telah dipilih oleh orang lain dan telah kehabisan stok.

Saya telah memilih beberapa barangan ke dalam cart saya sebelum ini tetapi barangan tersebut telah hilang daripada kart dan saya tidak dapat menemuinya di laman web Lazada lagi.

Sekiranya barang yang anda pilih telah hilang daripada kart beli belah anda, kemungkinan besar barang tersebut telah kehabisan stock. Sila refresh laman web selepas 30-60 minit untuk kami mengemas kini kiraan stok. Sekiranya barangan tersebut masih terdapat di laman web tetapi anda masih tidak dapat membelinya, sila hubungi kami untuk bantuan yang lebih terperinci.

Sekiranya saya memasukkan barangan yang saya pilih ke dalam cart, adakah ini akan mengesahkan tempahan saya keatas barang tersebut?

Apabila anda memasukkan barangan ada ke dalam kart, ia tidak mengesahkan tempahan anda ke atas barang tersebut. Sekiranya anda tidak meneruskan pembayaran, barang tersebut masih tertakluk kepada perubahan harga, stok dan promosi diskaun.

Apakah kaedah pembayaran yang disediakan?

Kami menyokong opsyen pembayaran berikut:

Untuk butiran lanjut mengenai kaedah pembayaran, sila rujuk www.lazada.com.my/payment-methods

Bagaimana mengetahui pembayaran saya berjaya atau gagal?

Makluman akan dihantar melalui SMS atau emel dalam tempoh 24 jam setelah selesai pengesahan pesanan. Jika tiada sebarang makluman diterima dalam tempoh tersebut, sila hubungi www.lazada.com.my/contact untuk mendapat penjelasan tentang status pembelian.

Sila maklum tentang jadual penyesuaian Bank anda kerana ia boleh memberi impak kepada transaksi. Pembayaran tidak dapat dilaksana ketika tempoh penyesuaian Bank. Berikut adalah rujukan tentang masa penyesuaian bank yang tersenarai**:

Nama Bank Jadual Penyesuaian
Maybank2U 12.00am - 12.30am
CIMBClicks 11.45pm - 12.15am
RHB 12.00am - 12.30am
Hong Leong Bank 11.30pm - 1.00am
Public Bank 12.00am - 1.00am
Bank Islam 12.00am - 1.00am

**Hanya diterima untuk iPay88

Apa yang perlu anda tahu mengenai Kaedah Pembayaran?
Cash on Delivery (COD)
Tunai sewaktu penghantaran Lembah Klang dan beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Johor Bahru Bagi produk yang dipilih sahaja
Credit Card on Delivery
Pembayaran menggunakan kad Kredit sewatu penghantaran Lembah Klang sahaja Bagi produk yang dipilih sahaja
Maybank Installment
Sila pilih “Maybank Instalment” semasa proses pembayaran dan ikut arahan yang diberikan Untuk pengguna kad kredit Maybank sahaja Bagi produk yang dipilih sahaja
7-Eleven
Buat pembayaran terus di mana-mana lokasi 7 Eleven berdekatan anda, dengan hanya mempamerkan salinan pesanan yang dicetak Seluruh Malaysia Bagi semua produk
Jika saya memesan item secara COD dari berbilang penjual, bolehkah saya membayar sekaligus penuh pada penghantaran pertama, atau secara berasingan?

Anda tidak boleh buat pembayaran penuh pada penghantaran pertama. Lain-lain bungkusan akan dihantar oleh penjual yang berbeza dan pembayaran dikutip mengikut item yang dihantar kepada anda.

Apakah senarai kad kredit yang diterima untuk pembayaran?

Lazada menerima semua jenis Visa dan MasterCard, sama ada Kredit mahupun Debit, dan dilindungi secara 3D Secure (Disahkan oleh Visa, dan MasterCard Secure). Semua maklumat kad kredit anda terpelihara menerusi standard penyulitan terkemuka perusahaan.

Sila ambil perhatian, caj tambahan mungkin dikenakan jika anda mengguna kad keluaran bukan Malaysia kerana Pertukaran Asing.

Anda boleh teliti kaedah Pembayaran di www.lazada.com.my/payment-methods.

Mengapa dicaj amaun yang salah dalam pesanan sayar?

Pesanan anda mungkin melibatkan surcaj penghantaran atau kos bulky. Keterangan lanjut mengenai terma kos ekstra, sila rujuk www.lazada.com.my/helpcenter/returns-refunds/#answer-faq-return-ans.

Jika benar pesanan anda dicaj dengan amaun salah, sila hubungi kami di www.lazada.com.my/contact. Kami akan membantu anda dengan segera.

Adakah anda menyimpan butiran kad kredit saya?

Kerahsiaan anda adalah keutamaan kami, dan kami mengendalinya dengan serius. Setiap transaksi kad kredit dilaksana pada sekitaran yang selamat. Kami tidak menyimpan maklumat kad kredit anda setelah pesanan dilakukan dengan sempurna; ia dihantar terus kepada bank.

Jika anda mengguna kad kredit yang bukan di bawah nama anda, sila hubungi kami di www.lazada.com.my/contact.

Di mana boleh saya minta resit rasmi?

Bagi meminta resit rasmi, sila ajukan permintaan anda kepada www.lazada.com.my/contact. Kami akan membantu anda dengan segera.

Bagi penghantaran sempurna yang dilaksanakan wakil pedagang kami, invois penjual akan disertakan dalam penghantaran.

Bagi item runcit, resit rasmi akan dikeluarkan mengikut permintaan dan setelah pesanan dihantar dengan sempurna. Semua resit rasmi akan dihantar menerusi emel.

Bagaimana membatalkan pesanan?

Membatalkan pesanan cukup cepat dan mudah dengan mengisi borang pembatalan secara dalam talian.

Untuk mengguna borang ini, anda seharusnya telah memesan item mengguna akaun Lazada (daftar sini jika anda tidak punya akaun) atau jika anda mengguna daftar keluar sebagai tetamu, sila daftar masuk alamat emel yang diguna sewaktu membuat pesanan, supaya memboleh anda akses kepada borang pembatalan dalam talian.

  1. Daftar masuk ke akaun anda
  2. Layari skrin “My orders” dan pilih “Cancel” pada pesanan yang anda ingin batalkan.







  3. Isi borang tersebut:
  • Pilih item yang ingin dibatalkan
  • Pilih alasan pembatalan
  • Pastikan anda baca dan setuju dengan polisi pembatalan Lazada
  • Klik “NEXT”



Perhatian: Pembatalan secara dalam talian hanya boleh diguna dalam masa 1 jam selepas pesanan dibuat, manakala item dipesan belum lagi diangkut keluar. Jika anda ingin membatal pesanan selepas tempoh 1 jam, sila hubungi Khidmat Pelanggan (Customer Service) bagi memohon pembatalan.

Apa itu polisi pembatalan Lazada?

Sebelum membatalkan pesanan, sila baca dan fahami terma & syarat berikut:

  • Lazada tidak boleh membalikkan pembatalan sebaik ia telah disempurnakan. Selepas pembatalan, kami tidak boleh mengembalikan pesanan anda.
  • Sebarang baucer, diskaun, atau promosi yang digunakan bersabit pembatalan pesanan TIDAK AKAN menjadi sah atau disahkan semula bagi pesanan berikutnya.
  • Kami tidak boleh menjamin harga, kesediaadaan, kos penghantaran, atau elemen lain pada item pesanan yang dibatalkan itu akan kekal sama bagi pesanan berikutnya.
  • Bayaran balik anda akan diproses dalam tempoh 48 jam dan dikreditkan dalam akaun anda dalam tempoh 5 hingga 15 hari bekerja, bergantung kepada kaedah pembayaran, bank/atau institusi kewangan anda.
  • Amaun bayaran balik adalah amaun bersih telah dibayar (atau Store Credit yang digunakan) oleh anda dan tidak termasuk sebarang amaun baucer.
  • Dalam beberapa kes, satu-satu pembatalan itu tidak boleh diproses secara dalam talian. Sila hubungi Khidmat Pelanggan (Customer Service) jika pembatalan anda ditolak.
  • Nilai pesanan berbaki selepas pembatalan mesti menyamai syarat sama untuk diskaun, promosi, atau nilai pembelian minimum yang bersabit dengan pesanan. Jika tidak, keseluruhan pesanan mungkin akan terbatal.
Bolehkah saya batalkan satu item atau beberapa item dalam pesanan saya?

Ya, anda boleh batalkan satu item atau beberapa item dalam pesanan berdasarkan syarat berikut:

  • Pembatalan secara dalam talian dihantar dalam tempoh 1 jam selepas satu-satu pesanan dibuat
  • Item yang ingin dibatal, belum diangkut keluar.
  • Nilai baki selepas pembatalan mesti memenuhi syarat diskaun, promosi dan/atau nilai pembelian minimum.

Namun, jika selepas pembatalan satu atau lebih item dalam pesanan anda, didapati nilai baki pesanan tidak memenuhi syarat diskaun, promosi atau baucer, maka Lazada akan membatalkan keseluruhan pesanan itu. Anda boleh memesan semula item yang dihajati.

Adakah saya perlu bayar kos tambahan untuk mengguna borang pembatalan dalam talian?

Borang pembatalan dalam talian adalah percuma.

Bagaimana mengetahui permintaan untuk pembatalan itu telah diterima?

Selepas menghantar borang pembatalan dalam talian, anda akan dapat lihat mesej “Your request for cancellation is successful”, iaitu “Permintaan anda untuk pembatalan berjaya”. Ini menunjukkan anda telah berjaya menghantar permohonan untuk pembatalan kepada kami. Lazada akan memproses permintaan anda dalam masa 60 minit selepas menerima permintaan anda.

Bolehkah saya membatal pesanan dan memesan semula mengguna baucer?

Kod baucer mesti dimasukkan ketika anda di langkah Payment ketika mendaftar keluar. Jika anda terlupa mengisi kod baucer itu, anda boleh membatal pesanan dan membuat pesanan baru dengan mengguna kod baucer tersebut

Bagaiman menukar alamat penghantaran/nombor telefon/penerima untuk pesanan sedia ada?

Jika anda ingin menukar:

  • Nombor telefon untuk pesanan sedia ada
  • Nama penerima untuk pesanan sedia ada
  • Alamat penghantaran u ntuk pesanan sedia ada

Sila ajukan pertanyaan anda di www.lazada.com.my/contact. Kami akan hubungi anda secepat yang mungkin. Namun, penukaran di atas tidak boleh dibuat jika status item itu sudah diangkut keluar.

Jika anda ingin menukar maklumat akaun anda atau maklumat pesanan akan datang, anda boleh log masuk ke akaun Lazada dan ikuti langkah selanjutnya di sini.

Bolehkah saya tukar kaedah pembayaran selepas pesanan telah dibuat?

Lazada tidak menawarkan opsyen untuk anda tukar kaedah pembayaran bagi pesanan sedia ada. Oleh itu, kami mengesyor anda buat pesanan baru dan batalkan pesanan sedia ada secara serta merta dengan menghantar permintaan untuk membatal pesanan di www.lazada.com.my/contact. Kami akan bantu anda membatalkannya.

Bolehkah saya tukar item pesanan selepas pesanan itu telah diproses?

Penukaran tidak boleh dilakukan setelah pesanan diproses. Namun, anda boeh memohon pembatalan pesanan dengan menelefon Khidmat Pelanggan (Customer Service).

Saya secara tidak sengaja telah memesan item secara berulang. Apa patut saya buat?

Sila hubungi hotline Khidmar Pelanggan (Customer Service) untuk membatalkan pesanan item berulang. Elok anda hubungi kami dengan segera sebaik menyedari berlaku duplikasi item sebelum pihak peniaga kami membungkus dan mengangkutnya keluar.

Saya menerima item pesanan tidak lengkap, apa patut saya buat?

Sila hubungi kami segera di www.lazada.com.my/contact. Kami akan bantu anda menyelesaikannnya.

  • Jika item pesanan yang tercicir itu merupakan hadiah/ bonus, maka kami akan berusaha menghantarnya segera<./li>
  • Jika item pesanan yang tercicir itu sebahagian daripada produk, sila kembalikan kepada kami dalam bungkusan asal, lengkap dengan aksesori dan invois.

Sila baca dan ikuti panduan Bagaimana Memulangkan di sini: www.lazada.com.my/helpcenter/returns-refunds/#answer-faq-return-ans.

Saya menerima item yang salah, apa patut saya buat?

Jika item yang diterima bukan yang anda pesan, kami dengan sukacita akan menukar item tersebut untuk anda. Sila maklumi kami segera di www.lazada.com.my/contact. Kami akan hubungi anda dengan segera.

Bagi memastikan pemulangan segera, sila bungkus item dalam bungkusan asal, lengkap dengan aksesori dan invois pembelian.

Sila baca dan ikuti panduan How to Return di sini www.lazada.com.my/helpcenter/returns-refunds/#answer-faq-return-ans.

Saya menerima item yang rosak/cacat, apa patut saya buat?

Kami terlebih dahulu memohon jutaan maaf kerana item yang anda pesan diterima dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Kami memahami kekecewaaan anda. Lazada Malaysia berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan bungkusan item anda diangkut dalam keadaan yang selamat. Sila hubungi Customer Service untuk mendapat bantuan sepatutnya.

Sila hantar bungkusan anda ke alamat berikut:

Lazada – Ecart Services Sdn. Bhd.

Subang 1, Block B, Lot 36545

Jalan TS6/1, Taman Perindustrian Subang

47510 Subang Jaya,

Selangor, Malaysia

Dalam tempoh berapa lama harus saya maklumi Lazada tentang item pesanan yang rosak/cacat/silap itu?

Bagi proses lebih cepat, kami menghargai jika anda dapat hubungi dalam tempoh 48 jam selepas menerima item rosak/cacat/silap itu. Kami akan membantu anda dengan segera.

Untuk maklumat lanjut mengenai How to Return, sila semak di www.lazada.com.my/helpcenter/returns-refunds/#answer-faq-return-ans.