Kategori

Pusat Bantuan - Pemulangan & Bayar Balik

Bagaimana saya memulangkan semula item?

Langkah mudah untuk pemulangan barang!

Semak "Lazada Return Policy" Isi "Online Returns Form" & cetak "Shipping Label" Bungkus item & lampirkan "Shipping Label" Hantar ke lokasi rakan kurier yang berdekatan Process Bayaran Balik

Sekiranya item memenuhi kriteria seperti yang tercatat di Polisi Pemulangan dan anda ingin meneruskan pemulangan, kami menyarankan supaya anda menggunakan Online Returns Form bagi mempermudahkan proses.

Nota: Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami jika anda tidak menemui Online Returns Form”, kami sedia membantu.

→ Sila klik kotak di bawah untuk meneruskan pemulangan barang pilihan anda

Sila klik sini untuk Pemulangan Item

Penting: Apa yang perlu anda ketahui?

Sila rujuk dibawah:


DROP OFF PARTNERS POSLAJU MBE COLLECTCO BOXIT
Pautan untuk Rujukan http://www.poslaju.com.my/track-trace-v2/ https://www.mbe.com.my/tmp.html https://send.collectco.my/track-parcel http://boxit.com.my/
Syarat-syarat Anda perlu melengkapkan Borang Pemulangan atas talian (ORF) menerusi akaun Lazada anda bagi mendapatkan nombor Jejakan Pemulangan & Kod RA [RN*********] sebagai rujukan.



Sekiranya ORF tidak dapat dicetak
  • Tulis Kod RA & Nombor Jejakan Pemulangan pada bungkusan anda.
  • Kaunter PosLaju akan membantu anda mengisi borang PL9.
  • Simpan salinan borang PL9 yang diberikan kepada anda sebagai rujukan.
Anda perlu melengkapkan Borang Pemulangan atas talian (ORF) menerusi akaun Lazada anda bagi mendapatkan Nombor Jejakan Pemulangan & Kod RA [RN*********] sebagai rujukan.

Sekiranya ORF tidak dapat dicetak, anda hanya perlu mempamerkan kod RA di kaunter MBE. Rakan kurier kami, MBE akan memberikan anda nombor rujukan baru untuk pemulangan barang.

Kaunter MBE juga menyediakan khidmat bantuan sekiranya terdapat kesukaran untuk anda melengkapkan borang pemulangan (ORF) dan jika anda memulangkan barang tanpa borang yang lengkap.
Anda perlu melengkapkan Borang Pemulangan atas talian (ORF) menerusi akaun Lazada anda bagi mendapatkan nombor Jejakan Pemulangan & Kod RA [RN*********] sebagai rujukan.

Sila pamerkan kod RA di kaunter CollectCo semasa proses pemulangan barang.
Salinan ORF adalah DIPERLUKAN untuk proses pemulangan melalui Boxit. Sila rujuk di sini untuk video garis panduan pemulangan barang melalui Boxit.
Lokasi Seluruh Malaysia WPKL, Selangor, Melaka, Johor & Pulau Pinang Sebahagian lokasi di Sem. Malaysia. Sila rujuk di sini Lokasi tertentu di Lembah Klang
Had Berat dan Saiz Bungkusan Saiz (cm):
55 x 40 x 24
(L) x (W) x (H)

Berat maksimum:
30 KGs
Saiz (cm):
35 x 35 x 35
(L) x (W) x (H)

Berat maksimum:
10 KGs
Saiz (cm):
35 x 35 x 35
(L) x (W) x (H)

Berat maksimum:
10 KGs
Saiz (cm):
S : 48 x 11x 50
M : 41 x 22 x 50
L : 41 x 24 x 50
(L) x (W) x (H)

Berat disarankan adalah bawah 20 KG.

1. Borang Pemulangan atas Talian (ORF) hendaklah dilengkapkan sebelum proses pemulangan dilakukan. Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan mendapatkan pautan borang di atas talian, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami dengan segera. Kami sedia membantu.
2. Salinan Borang Pemulangan atas Talian (ORF) tidak diperlukan, kecuali pemulangan ke lokar BoxIt.


Sebagai alternatif, anda boleh memulangkan barang anda melalui mana-mana perkhidmatan kurier. Pihak Lazada akan membayar semula segala cas kurier yang dikenakan untuk memulangkan barangan tersebut sekiranya mematuhi Polisi Pemulangan Lazada (sila rujuk Polisi Pemulangan).

Anda juga boleh menyemak status pemulangan di  Order Tracking Tool

Dimanakah boleh saya dapatkan Online Returns Form?

1. Log masuk akaun Lazada Malaysia anda.

2. Pergi ke AKAUN dan seterusnya klik “Pesanan saya”. Rujuk gambar



3. 1. Anda akan di bawa ke paparan “Pesanan Saya” dan boleh melihat pesanan anda sepanjang 15 hari lepas. Untuk pengetahuan, item yang mempunyai label “RETURN ITEMS” sahaja dibenarkan untuk pemulangan. Lihat contoh.

4. Sila hubungi pegawai khidmat pelanggan sekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan Lazada. Anda disyorkan supaya membuka akaun dengan kami bagi mempercepatkan segala urusan dengan Lazada.


* Untuk maklumat lanjut sila rujuk Polisi Pemulangan kami.

Apa itu Polisi Pemulangan (Lazada Returns policy)?

Semua item yang dijual di Lazada Malaysia adalah dilindungi 100% Perlindungan Pembeli (Buyer Protection) dan/atau Kepuasan Dijamin (Satisfaction Guaranteed). Logo polisi pemulangan bagi setiap item boleh diperolehi di laman produk/item yang berkenaan.

100% Buyer Protection (BP) Satisfaction Guaranteed (SG)
Perlindungan Polisi Pemulangan 7 hari kalendar 14 hari kalendar
Bertukar Niat Tiada Dilindung
Jaminan Pemulangan Wang Ya Ya
Wakil penjual yang disahkan oleh Lazada Ya Ya

Bergantung kepada polisi pemulangan, anda boleh memulangkan item dalam tempoh 7 atau 14 hari kalendar. Tempoh mula hitung pemulangan adalah dari tarikh terima item sehingga ke tarikh bungkusan di cop oleh rakan kurier kami.

Bolehkah saya memulang item selepas tempoh perlindungan polisi pemulangan?
  • Item tidak boleh dipulangkan selepas 7 hari kalendar mengikut syarat 100% Buyer Protection dan 14 hari kalendar mengikut terma Satisfaction Guaranteed Lazada.
  • Selepas tempoh ini, jika item itu terlindung di bawah jaminan pengeluar, sila hubungi pihak pengeluar secara langsung untuk mendapat bantuan dan pemulangan.
  • Anda boleh juga mendapat maklumat Pusat Perhubungan jaminan bagi item anda pada kad jaminan dalam bungkusan produk.

Maklumat terperinci berkaitan jaminan terdapat di sini

Syarat Pemulangan yang diperakui:

  • Bukti pembelian (nombor pesanan, invois cukai, dsb)
  • Butiran bank di tulis lengkap pada “Shipping Label”, sekiranya bayaran asal dilakukan menerusi iPay88 atau Cash-on-Delivery.
  • Tampal salinan “Shippindg Label” dan lampirkan bersama Lazada Tax Invois di atas kotak bungkusan pemulangan
  • Sila rujuk syarat/alasan pemulangan yang diperakui di bawah untuk proses pemulangan.
Apakah alasan yang membolehkan saya memulangkan semula item?

Berikut adalah senarai alasan dan syarat-syarat yang diperakui bagi proses pemulangan:

x : Tidak perlu | ✓: Perlu

Alasan Pemulangan PEMULANGAN MESTILAH :
Keadaan Baru Keadaan Baru Lengkap (Hadiah Percuma, aksesori, bungkusan asal) Tidak Rosak Dilekatkan dengan Tag & Label
Penghantaran – Salah Produk

Produk yang dikedap mesti tidak pecah KECUALI bagi item yang tidak boleh dibezakan secara visual berdasar maklumat yang disediakan pada kotak / bungkusan

Kualiti - Produk Rosak x x x
Kualiti – Tidak Berfungsi x x
Kualiti – Kondisi Produk
Penghantaran – Barang Tidak Lengkap x x
Laman Web – Maklumat Produk Tidak Tepat
Produk – Tidak Muat (Tidak tertakluk kepada item fesyen dari penjual luar negara)
Pelanggan – Ubah Fikiran (tidak tertakluk kepada produk dari luar negara)
Tidak Seperti yang Diharapkan

PERHATIAN:

- Dalam keadaan di mana pemulangan anda tidak memenuhi syarat, Khidmat Pelanggan kami akan memaklumkan kepada anda sebelum memulangkannya semula kepada anda. Dalam hal ini, kos kurier pemulangan atau bungkusan pos tidak boleh dituntut. Pemulangan tidak meliputi pakaian dalam kerana faktor kebersihan.

- Produk formula susu adalah perakui untuk pemulangan kecuali kepada Pelanggan - Tukar Niat. Anda hendaklah memastikan produk tidak di buka untuk mengelakkan permintaan pemulangan ditolak.

- Sekiranya anda mendapati bahawa barang yang diterima di dalam keadaan rosak (seperti bungkusan koyak, kemek & dsb). Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami dalam tempoh 48 jam, bagi memastikan tuntutan dapat dilakukan dengan segera.

→ Sila klik kotak di bawah untuk meneruskan pemulangan barang pilihan anda

Sila klik sini untuk Pemulangan Item

Bagaimana menyemak status pemulangan?

Anda boleh menyemak status pemulangan menggunakan nombor jejakan yang disediakan oleh rakan kurier kami atau menerusi  Order Tracking tool.

Di mana boleh kami pulangkan item?

Sila alamatkan bungkusan anda ke:

Ecart Services Malaysia Sdn. Bhd.

(Returns Department)

Lot 2611 & 2612, Jalan Subang 7

Kawasan Perindustrian Sg Penaga

Subang Industrial Park, 47500 Subang Jaya,

Selangor, Malaysia

Berapa segera boleh saya terima bayaran balik?

Bayaran balik boleh diproses bagi kes pemulangan atau pembatalan. Demi kemudahan anda, kami menyedia opsyen bayaran balik yang berlainan untuk anda pilih, berdasarkan kaedah pembayaran yang dibuat ketika pembelian.

Kami akan memaklum anda menerusi emel atau SMS sebaik proses bayaran balik anda dimulakan. Anda akan dapat melihat jumlah terkredit dalam penyata anda mengikut tempoh pendulu yang disenaraikan dalam jadual berikut bagi setiap saluran bayaran balik.

Jika bayaran balik tidak sampai dalam tempoh dua bulan penyata, sila hubungi pihak atau bank pengeluar anda untuk mendapat bantuan.

Kaedah Bayaran (ketika membuat pembelian) Kaedah Bayar Balik Masa Prosesan Lazada (selepas pemulangan disah nilai/pembatalan dilakukan) Masa prosesan Bank (selepas bayaran balik telah diproses oleh Lazada)
Kad Kredit/Debit Kad Kredit 1 - 3 hari bekerja 5-15 hari bekerja (bergantung kepada bank anda)
Paypal Paypal 1 - 3 hari bekerja Tiada
Tunai ketika penghantaran (COD) Pindahan Bank/Store Credit 1 - 3 Store Credit 1 - 3 hari bekerja
Pindahan Bank Store credit 1 - 3 Store Credit Tiada
Pindahan Bank Bayaran balik Pembalik Ipay88 1 - 3 hari bekerja 5 – 14 hari bekerja (bergantung kepada bank anda)
Baucer Hadiah/Store Credit/td> Store credit 1 - 3 hari bekerja Tiada

Perhatian: Jika kos pos dibayar ketika proses pemulangan, sila hantarkan kepada kami resit bayaran kos pos bagi tujuan bayaran balik kepada anda. Masa prosesan adalah sama seperti kaedah pindahan bank.

Apa itu Store Credit?

Store Credit adalah satu mekanisme pemulangan dalam bentuk baucer atau resit bagi item yang anda telah pesan. Anda boleh mengguna Store Credit seperti kod baucer untuk membeli apa jua item yang sebanding dengan harga barangan asal. Store Credit boleh diguna untuk sekali pembelian, dan ia sah untuk 1 tahun.

Bagaimana mengguna Store Credit?

Jika anda telah diberikan Store Credit bermakna anda juga telah menerima nombor baucer.

Sila masukkan nombor baucer ke dalam kotak kod baucer dan klik “Use voucher” ketika daftar keluar. Potongan sepadan akan dilakukan terhadap jumlah amaun anda.

Bagaimana jika saya gagal mengguna Store Credit dalam tempoh masa izin?

Tak perlu risau! Kami akan mengaktif semula Store Credit anda.

Namun, sila beri perhatian, pengaktifan semula Store Credit hanya boleh laku sekali sahaja. Store Credit yang telah melepasi tempoh pengaktifan semula akan dianggap tidak laku.

Berapa lama masa diambil untuk mengganti item?

Proses penggantian bermula setelah kami selesai menilai produk yang dipulangkan. Proses penilaian kualiti ini mungkin mengambil masa 2 hari perniagaan. Kami akan menghantar pemakluman melalui emel dan SMS setelah semuanya selesai

Penggantian item akan terlaksana dalam tempoh masa berikut:

  • Kawasan Metro: 1 - 6 hari bekerja
  • Kawasan Bukan Metro: 3 - 10 hari bekerja
Bagaimana mengetahui jika penggantian telah pun diproses?

Anda akan menerima emel pemakluman yang menyatakan kami kini sedang memproses penggantian item pesanan anda. Anda juga akan diberi nombor pesanan baru.