Kategori

Pusat Bantuan – Penghantaran

Bagaimana mengetahui status pesanan saya?

Anda boleh menjejak pesanan secara dalam talian 24 jam/7 hari berpandu langkah berikut:

  1. Layari www.lazada.com.my/order-tracking
  2. 1. Masukkan nombor pesanan dan alamat emel anda
  3. Tekan "Check now"

Atau lihat Order Tracking pada bahagian atas laman Lazada. Masukkan nombor pesanan dan alamat emel, kemudian tekan “Track” untuk menyemak status pesanan

Saya tidak dapat mengesan pesanan pada laman jejak kurier. Bagaimana boleh saya semak status pesanan ?

Kemungkinan maklumat penjejakan tidak diperoleh bagi pakej anda. Ia boleh diperoleh dalam masa 24 jam setelah rakan logistik kami mengemaskini rekod mereka.

Jika anda masih mengelami masalah dengan nombor penjejakan selepas satu (1) hari bekerja, sila hubungi kami di www.lazada.com.my/contact. Kami akan membantu anda dengan segera

Apakah kadar kos penghantaran?

Kami cuba sedaya upaya untuk menghantar item kepada pelanggan secepat yang mungkin pada kadar kos penghantaran paling minimum. Buat masa ini, kadar penghantaran dikira berdasar berat, ukuran, lokasi pengirim dan destinasi. Kami juga menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA bagi item tertentu. Kos penghantaran (jika ada) akan dimaklumkan ketika anda membuat semakan keluar (checkout).

Bagaimana menyemak kos penghantaran apabila membuat pesanan?

Anda boleh melihat kos penghantaran pada laman produk, ketika prosess pembelian (jika ada).

Setelah memasukkan poskod penghantaran anda, kos penghantaran akan dipaparkan

Sila ambil perhatian bahawa kos penghantaran akan hanya disahkan setelah anda menyemak keluar, kerana ia dikira mengikut alamat pesanan penghantaran

Ketika proses semakan keluar, anda boleh menyemak kos penghantaran terkini pada kotak

Order Summary

Bagaimana menyemak kos pukal (bulky) ketika membuat pesanan?

Anda boleh menyemak kos pukal (bulky) (jika ada) pada kotak Order Summary, semasa proses semak keluar.

Bilakah saya akan menerima pesanan saya?

Setelah berjaya membuat pesanan pembelian, pasukan Customer Service kami akan melaksana proses pengesahan dan memaklumkan kepada anda secepat yang mungkin melalui emel atau SMS.

Selepas pengesahan berjaya, anda dijangka akan menerima item pesanan dalam tempoh masa berikut:

  • Kawasan Metro: 1 – 6 hari bekerja
  • Kawasan Bukan Metro: 3 – 10 hari bekerja

Bagi mendapatkan jadual penghantaran yang lebih khusus, sila rujuk www.lazada.com.my/helpcenter/shipping-delivery/#faq-delivery-ans/.
Anda juga boleh menyemak status pesanan secara dalam talian dengan menggunakan “Order Tracking tool” di www.lazada.com.my/order-tracking.

Saya memesan beberapa item dalam satu pesanan, namun hanya menerima 1 item sahaja, di manakah baki item yang lain?

Jika anda memesan beberapa item daripada penjual berlainan, maka anda akan menerima pesanan dalam bungkusan yang berasingan. Namun, jika anda memesan kesemua item itu daripada penjual yang sama tetapi mendapati ada item yang tidak diisi dalam satu bungkusan, sila hubungi kami di www.lazada.com.my/contact dan kami akan menyiasat perkara tersebut dengan segera

Anda boleh juga meyemak status setiap item itu secara dalam talian mengguna Order Tracking tool.

Bagaimanakah saya hendak menyemak masa penghantaran untuk sesuatu produk?

Penghantaran kepada beberapa poskod di luar kawasan Lembah Klang mungkin mengambil masa yang lebih lama. Untuk maklumat lanjut mengenai masa penghantaran, masukkan nombor poskod bagi menyemak pilihan masa penghantaran di kotak “CHECK” pada laman maklumat produk.

Bolehkah saya menentukan tarikh penerimaan penghantaran?

Kami ingin memaklumkan bahawa sebarang penjadualan penghantaran tidak boleh dilakukan. Bagaimanapun, anda boleh menghubungi terus rakan penghantaran kami untuk menentukan masa penghantaran mengikut pilihan anda.

Adakah penghantaran produk dilakukan pada hujung minggu atau cuti umum?

Rakan penghantaran kami tidak membuat penghantaran pada hujung minggu dan cuti umum. Penghantaran hanya dilakukan pada hari bekerja sahaja.

Saya memerlukan produk pesanan saya sekarang juga. Bolehkah Lazada membuat penghantaran dengan segera?

Kami tidak dapat mempercepatkan penghantaran, kerana ia juga bergantung kepada waktu penghantaran keluar oleh penjual. Untuk makluman, anda akan menerima maklumat pesanan sebaik sahaja ia dihantar keluar (shipped out).

Saya baru sahaja menerima emel memaklumkan bahawa item saya telah dihantar keluar (shipped out). Bilakah saya akan menerima pesanan saya?

Oleh kerana pesanan baru sahaja dihantar, ia dijangka mengambil masa 24 jam untuk dipaparkan di laman sesawang. Sila ambil perhatian, jika anda telah membuat pesanan untuk beberapa item, item-item tersebut mungkin dihantar secara berasingan mengikut ketersediaan stok. Bagi memperoleh masa penghantaran item dengan lebih tepat, sila rujuk ke laman produk.

Anda juga boleh menyemak status pesanan secara dalam talian menerusi Order Tracking tool.

Saya memesan beberapa item, namun mengapa saya hanya menerima satu emel dan satu nombor penjejakan sahaja?

Produk pesanan anda mungkin dihantar melalui cara yang pelbagai, oleh demikian ia akan sampai pada masa yang berbeza. Sila ambil perhatian, jika anda telah membuat pesanan untuk beberapa item, kesemua item itu mungkin dihantar secara berasingan, dan anda akan menerima emel secara satu persatu dengan setiap nombor penjejakan bagi setiap penghantaran.

Bagaimana saya boleh mendapatkan tarikh dan masa penghantaran yang tepat?

Kami tidak dapat memaklumkan masa dan tarikh penghantaran dengan tepat. Masa penghantaran bergantung kepada kesediaadaan produk, lokasi geografi Penjual, destinasi penghantaran dan jadual masa penghantaran yang dilakukan oleh rakan kurier kami ke lokasi anda. Sila semak status pesanan anda secara dalam talian menerusi Order Tracking tool.

Mengapa saya menerima pesanan dalam penghantaran yang berlainan?

Produk mungkin dihantar melalui kemudahan berbeza, dan oleh itu akan sampai pada masa berbeza. Terdapat juga produk tertentu yang dianggap sebagai pesanan berasingan dan akan dihantar secara berasingan. Sila ambil perhatian, item yang dihantar dari penjual antarabangsa mungkin menghadapi kelewatan sewaktu pengesahan kastam. Sila semak status pesanan item anda satu persatu menerusi Order Tracking tool.

Bolehkah saya membatalkan pesanan setelah pesanan itu dihantar keluar (shipped out)?

Kami tidak dapat menyempurnakan pembatalan pesanan jika produk telah mula dihantar keluar. Namun jika produk dijual oleh Penjual tempatan, anda mempunyai pilihan untuk menolak penerimaan sebaik penghantaran tiba. Dalam keadaan di mana item telah dihantar menuju ke alamat penghantaran, sila tolak penerimaan penghantaran. Manakala pembatalan penghantaran produk dari destinasi antarabangsa, pembatalan hanya diambil kira sebelum produk mula dihantar keluar.

Bagaimana jika saya tiada di rumah ketika pakej tiba?

Anda perlu menandatangani surat kebenaran sebagai pengesahan dan menyatakan identiti pihak kedua yang bakal menerima pakej bagi pihak anda ketika penghantaran tiba.

Anda boleh juga menghubungi khidmat pelanggan di www.lazada.com.my/contact sebaik sahaja membuat pembelian bagi memaklumkan pihak kami. Wakil penerima produk mesti menunjukkan Kad Pengenalan berserta surat kebenaran tersebut

Adakah kawasan domestik yang tidak dapat dihantar oleh Lazada?

Lazada Malaysia menghantar pesanan kesemua kawasan domestik.

Kami berusaha sama dengan 4 syarikat logistik utama: Ta-Q-Bin, Gdex, Poslaju, Citylink dan mempunyai pasukan penghantaran yang memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan

Adakah Lazada menawarkan penghantaran untuk penghantaran antarabangsa?

Buat masa ini penghantaran antarabangsa belum lagi diperolehi di Lazada.

Bolehkah Lazada menghantar pakej/bungkusan ke pejabat saya?

Lazada akan menghantar pesanan anda mengikut alamat yang anda berikan ketika semakan keluar (checkout), sama ada ke alamat rumah mahupun pejabat

Bolehkah saya mengambil item pesanan di pejabat Lazada?

Kami tidak menyediakan khidmat layandiri bagi anda mengambil pesanan di pejabat Lazada.

Apakah pilihan penghantaran yang ditawarkan oleh Lazada?

Kami menyedia 3 pilihan penghantaran; Standard dan Ekspres.

Pilihan Penghantaran Masa penghantaran Kos penghantaran Kawasan
Ekonomi Untuk pembelian produk tempatan 
5-7 hari untuk Semenanjung Malaysia
  7-10 hari untuk for Sabah & Sarawak
Kos penghantaran dikira berdasarkan lokasi dan origin produk. Semua
Standard 1-6 hari untuk kawasan Metro
3-10 hari untuk kaw. Luar Metro
Kos penghantaran dikira berdasarkan lokasi dan origin produk. Semua
“1-day” / Ekpress Bagi kawasan tertentu di Lembah Klang sahaja
- Penghantaran hari yang sama bagi pesanan di buat sebelum 1 petang, dan hari berikutnya bagi pesanan selepas 1 petang.
- Terpakai dari Isnin hingga Sabtu sahaja. Cuti umum dikecualikan.
Kawasan tertentu di Kuching
- Penghantaran hari yang sama bagi pesanan sebelum 12 tengahari, dan hari berikutnya bagi pesanan selepas 12 tengahari.
- Terpakai dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Cuti umum dikecualikan.
Caj minimum ialah RM7.00/item dan tertakluk kepada berat bungkusan. Hanya kawasan tertentu di Lembah Klang & Kuching sahaja
“Next Day” / Ekspres Johor , Penang & Ekspres Pantai Timur (Kelantan, Pahang & Terengganu) Bagi kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis
- Penghantaran pada hari esok bagi pesanan sebelum jam 8 malam, dan hari berikutnya untuk pesanan selepas 8 malam.
- Bagi Johor, Kelantan & Terengganu tiada perkhidmatan ekpress pada hari Jumaat & Sabtu.
- Manakala Penang dan Pahang perkhidmatan terpakai dari Isnin hingga Sat sahaja.
- Cuti umum dikecualikan.
Caj minimum ialah RM7.00/item dan tertakluk kepada berat bungkusan. Kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis
Bagaimana hendak melihat pilihan penghantaran bagi sesuatu produk?

Apabila anda melayari laman produk, anda akan dapat melihat pilihan penghantaran yang disediakan, lengkap dengan jangkaan masa dan kos penghantaran.

Bagaimana saya membuat pilihan penghantaran produk?

Jika anda mempunyai pelbagai item ketika semakan keluar (checkout), anda boleh membuat pilihan penghantaran bagi setiap satu item sebelum membuat bayaran.



Jika anda punya item tunggal ketika semakan keluar (checkout), anda boleh membuat pilihan penghantaran ketika memasukkan alamat penghantaran



Anda juga boleh menukar pilihan penghantaran pada laman bayaran.