
ENAM ANGKA MENJELANG DISEMBER - Azraei Muhamad
Mengenai buku:Ulasan oleh YB Mohd Shahar Abdullah, Timbalan, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Paya Besar.“Buku-buku terkenal seperti Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki dan Jutawan Dari Planet Jupiter karya Azizi Ali adalah antara buku-buku kewangan yang bagus untuk permulaan. Lalu apabila Azraei Muhamad, anak muda kelahiran Pahang ini menghasilkan buku beliau Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima, saya mula tertarik dengan usaha ini. Perkongsian perjalanan kewangan beliau sejak dari sekolah membantu generasi sebaya beliau untuk turut sama mengamalkan budaya hidup berhemat untuk pengurusan kewangan yang lebih sihat.Azraei Muhamad menekankan tentang kepentingan peranan kedua ibu bapanya yang telah menerapkan minat menyimpan duit sejak dari kecil sebagai satu faktor utama dalam pembentukan diri beliau. Cakna kewangan sejak usia 7-8 tahun menjadikan beliau seorang yang lebih celik wang apabila meningkat dewasa. Ini terbukti apabila beliau mampu menepis dugaan dan godaan ‘shiny things in a shiny world’ ketika usia remaja yang menjerumus masyarakat ke arah budaya berbelanja yang tidak sihat —boros dan tidak menyimpan wang untuk masa depan. Budaya hedonisme ini yang akhirnya menjadikan kita terperangkap dalam masalah kewangan yang membelenggu hidup.Menyambung perjalanan kewangan beliau, Enam Angka Menjelang Disember pula saya kira amatlah bagus untuk anak muda yang mula melangkah fasa seterusnya dalam hidup bersedia dengan cabaran yang menanti. Alam pekerjaan dan realiti kehidupan yang lebih luas akan memerlukan lebih banyak komitmen wang. Kisah beliau yang hampir kecundang dengan kesilapan kewangan (financial mistakes) boleh menjadi satu pengajaran yang bagus untuk kita semua untuk dijadikan sebagai tauladan dan pedoman.”

Fallin' For Books Online Bookstore
Ulasan

Anda mungkin menyukai

PIRASTRO OBLIGATO VIOLIN ROSIN-VERY GOOD RESPOND AND CLEAN TONE +FREE GIFT (1unit)

Bluey Wagon Ride Go Go Gear Sound Book To Play & Read Stories (Hardcover) For Kids

Disney Princess Sticker Play Activity Book With Mazes Puzzles & 60+ Stickers For Kids

CAMBRIDGE LOWER SECONDARY SCIENCE STUDENTS BOOK STAGE 7 2ED - 9780008340865 - HARPER COLLINS - SPEEDBOOKS.MY

动物小百科(全套10册)彩图注音 幼儿童趣味科普绘本 海洋昆虫哺乳史前爬行两栖动物百科全书图画书 Chinese Children Scientific Animal Picture Book pinyin Buku Webuild

Japanese Street View Pen Light Color Drawing Technique Book Pen Painting Copy Book Watercolor Painting Tutorial Book暖暖 钢笔淡彩手绘入门教程 18副精美暖系淡彩案例基础知识绘画技巧绘画工具绘制技法日系透明感淡彩少女插画绘

Disney Stitch 5 Activity Story & Colouring Books Box Set

DK Timeline of Everything: Chronicles of Time & History - Engaging Childrens Educational Book
![Joy at Work: Organizing Your Professional Life by Marie Kondo and Scott Sonenshein [High Quality Paperback]](https://img.lazcdn.com/g/ff/kf/S5f65f41366e94ae49cf48696ea80d02a1.jpg_300x300q80.jpg)
Joy at Work: Organizing Your Professional Life by Marie Kondo and Scott Sonenshein [High Quality Paperback]

(10 books)Concentration Training Kids Sticker Books Enhance Brain Colourful Sticker Books

YAMAHA MUSIC ORIGINAL QUALITY U2 PE UPRIGHT ACOUSTIC PIANO SECOND HAND ( USED UNIT ) FOR HOME DECO



