YAMAHA Y16ZR New Model 2024

FEATURESPENARIK TUASKLAC LEBIH PENDEKKini 10mm lebih pendek, ianya mampu memberikan cengkaman yang singkat dan lebih selesa ketika menukar gear.ENJIN 155CCDENGAN VVA SERBA BARUJantung penggerak paling berkuasa di kelasnya, enjin sejukan cecair 155cc serba baru, 4-lejang, 4-injap, SOHC dengan VVA.GEARBOX 6 KELAJUANDENGAN PEMETAAN PENCUCUHAN INDIVIDU UNTUK SETIAP GEARMenampilkan pemetaan pencucuhan yang berbeza untuk setiap gear, menghasilkan daya dorong 17.7Hp @ 9,500 rpm dan tork tertinggi 14.4 Nm @ 8,000 rpm.KLAC‘ASSIST & SLIPPER’Terhubung ke gearbox, sistem klac A&S memastikan penukaran gear yang lebih lancar dan mengurangkan tahap bebanan klac untuk menghasilkan perjalanan yang lebih selesa.KERANGKA BARUSERBA RINGANDilengkapi dengan kolar tetulang berbentuk Y baharu serta pendakap enjin yang lebih tebal, pada ketebalan 4.5mm. Ia memastikan tunggangan anda lebih mantap dan prestasi kawalan selekoh yang optimum biarpun pada kelajuan tinggi.TANGKI BAHAN API5.4 LITER BARUSeiring dengan enjin yang cekap bahan api, Y16ZR mampu menawarkan jarak maksimum 256km dalam satu tangki penuh, berdasarkan pada gaya tunggangan anda.BREK CAKERA DEPANKALIPER 2-POT BARUAngkup brek dua piston pada roda hadapan menawarkan kestabilan ketika membrek dengan saiz brek cakera hadapan yang berukuran 245mm.TEMPAT DUDUKJENIS TERPISAH GAYA BARURekaan pelana tempat duduk anti-gelincir yang ergonomik mengikut kontur duduk penunggang untuk tunggangan yang lebih selesa.LAMPU DEPAN LEDTINGGI DAN RENDAH BERASINGANTerinspirasi dari sukan permotoran, lampu depan sinar rendah terletak di bahagian bar pemegang sementara sinar tinggi disatukan dengan lampu posisi, di bahagian bawah, memberikan penampilan bahagian hadapan sporty yang tiada bandingannya.METER DIGITAL LCDDENGAN DASAR GELAPPanel unit digital LCD baharu yang memaparkan semua informasi seperti kelajuan, tahap rpm, kedudukan gear, penunjuk VVA dan lain-lain pada dasar yang gelap, memberikan kontras grafik yang jelas.LAMPU BELAKANGLED BARUTampil lebih bergaya, lebih ramping, lebih runcing dengan rekaan lampu belakang LED inspirasi daripada model YZF-R1, ia disatukan dengan sempurna pada kontur badan motosikal.SISTEM KUNCIPINTAREnjin boleh dihidupkan dengan mudah hanya dengan memutar butang tanpa perlu memasukkan kunci. Sistem ini juga mempunyai fungsi ‘panggil-balik’ untuk mencari kedudukan motosikal. Dilengkapi ‘immobilizer’ untuk mencegah kecurian.SOKET KUASA12V DCUntuk memudahkan anda mengecas apa saja peralatan pintar anda, soket DC 12V dengan maksimum kapasiti 1.0A disediakan.SUIS PEMBERHENTIANENJIN BARUAnda boleh mematikan enjin segera dengan hanya menekan suis khusus yang digabungkan dengan suis utama, sekiranya berlaku kecemasan, demi keselamatan anda

YESRIDE

YESRIDE

Seller ratings 92%

Review

Oops
This video has no reviews.