Pokok Bunga Vinca/Kemunting Cina

Pokok bunga ini merupakan tumbuhan merayap. Akar akan tumbuh pada bahagian batang yang menyentuh tanah membolehkannya membiak dengan cepat. Sebab itulah bunga ini sesuai dijadikan tanaman litup tanah (groundcover) di taman-taman bunga atau boleh juga ditanam di dalam pasu yang lebar atau luas.Selain itu, tumbuhan ini juga membiak melalui biji benih yang terpelanting keluar apabila buahnya telah cukup ranum dan kering. Biji benih inilah yang digunakan untuk menanam pokok bunga vinca di kawasan rumah atau dalam pasu.Vinca mudah ditanam dan mudah juga dijaga. Ia tahan panas dan tidak memerlukan air yang banyak. Siram sekali-sekala dan baja dengan baja biji atau yang dicampur air sekitar sebulan sekali. Pastikan air tidak bertakung di tempat ia tumbuh itu.

DLAILA GS

DLAILA GS

Seller ratings 97%