
Novel Sara Nur Laila - Mardihah (NEW BOOK)
Buku baruHarga Asal RM30 SINOPSIS Kisah silam yang sentiasa melukakan. Namun kisah cinta aku hadir seperti langit yang meneduhkan**********“Kalau kita ditakdirkan berpisah, you nak cari lelaki yang macam mana?” Khalil“Kalau dia senyum kan, hati I mesti akan rasa berdebar-debar. Macam ada gendang tau kat hati I nanti.” SaraNamun bilang emak, Sara ini tak akan sesekali beroleh bahagia. Sumpah itu sendiri telah diiakan oleh Sara, bahawa memang takdirnya akan begitu. Bahagia takkan pernah singgah dalam hidupnya. Khalil itu lantas bukan jodohnya, malah penyebab deritanya.“Pergilah mana saja kau pergi. Sesekali pun kau takkan bahagia. Kalau aku dah benci dan tak reda dengan kau, sampai bila-bila kau akan sentiasa merana.” - NonieKerana khilaf dan titik duka itu, dia menjadi pelarian di bumi Melbourne, mencicip manisnya kehidupan bersama Haslinda, mak su kesayangannya. Dalam tak sengaja, wajah yang lama bermuram itu mula pandai mengukir senyum kepada insan selain Haslinda saat munculnya Reza. Lelaki yang mengembara ke tanah kanggaru mencari anak lelakinya.“Kau ada dua bulan lebih aje kat sini nak cari anak kau. Untuk pengetahuan kau, wahai Encik Reza oi, pulau yang bernama negara Australia ni besar. Kau ingat Aussie ni kecil macam Melaka?” – SaraMereka bertekak, bersenda, lalui musim kegembiraan yang buat hati masing-masing berbisik rasa indah. Sara menjadi penenang yang setia buat Reza. Dan apabila tiba saat untuk Reza pergi, Sara masih kukuh memegang rahsia hidupnya.Dan akhirnya tiang utuh dalam hidup Sara telah roboh. Saat Haslinda dikhabarkan hilang, bagai roh Sara turut sekali melayang. Seperti tujuan hidupnya telah terlupus sama sekali.Ketika itu, Reza pula membalas segala kebaikan Sara sepenuh hati. Kemunculan emak Reza yang begitu penuh kasih dan sayang bagaikan penawar bagi segala kesakitan Sara Nur Naila selama ini. Kebahagiaan yang dirasa itu buat Sara tekad mengikat hatinya buat Reza.“Lain kali kalau ada orang tanya, Sara ni kawan Reza ke? Atau Sara ni siapa? Jawab macam ni.” - Reza“Jawab macam mana?” - Sara“Saya ni isteri Reza.” - RezaReza yakin jalinan cinta itu perlu dinoktahkan segera. Dan apabila akad menyatukan, kisah silam dan luka lama isterinya itu telah melahirkan ‘Sara Nur Naila’ yang baru.Dan Khalil, dia menjadi lelaki yang terus setia meskipun Sara itu telah menjadi milik Reza. Dia lelaki yang menyembunyikan keresahan akibat kisah silam si gadis yang berpunca daripada dia.Satu soalan yang Sara Nur Naila fikirkan tanpa henti. Sejauh mana dia berusaha, mampukah dia untuk terus bahagia jika ada satu doa tak henti menghantui hidupnya?“Ingat Sara, pergilah mana saja kau pergi. Sesekali pun kau takkan bahagia.”

Pustaka Buku Adam
Ulasan

Anda mungkin menyukai

(1 Book) My Holiday Colouring Book for Kid (Vehicles) Coloring Book Buku Mewarna Kanak Kanak

USB HK Drama 2025 热播港剧 《巨塔之后 + 刑侦12 + 夺命提示 + 守诚者 + 执法者们》 粤语广东话

IRIN | Bass Drum Beater Stainless Steel Handle Wool Felt Head Anti‑Slip Grip Percussion Mallet Accessory for Drummers Daily Practice

Electric Guitar Padded Gig Bag 5MM Sponge Extra Protection Soft Case Guitar Bag

1Pcs Guitar Wrench Hexagon Adjusting Rod Solid Wood Handle Guitar Fingerboard Pitch Adjustment Tool

IRIN | IRIN Guitar Capo TC-05 Metal Flamingos Capo for Acoustic Electric Guitar Bass Universal Quick Change Clip Guitar Accessories
![[Do not use lightly] Laws for Dealing with Enemies Psychological tactics strategy Long-term hostile relationship management program papercraft](https://img.lazcdn.com/g/p/e4a1b094374ea502b6fcfe09e8f74f79.png_300x300q80.png)
[Do not use lightly] Laws for Dealing with Enemies Psychological tactics strategy Long-term hostile relationship management program papercraft

IRIN | Electric Guitar Effect Pedal Mini Single True Bypass Pedal Analog Delay/Tremolo/Classic Chorus/Analog Delay Guitar Accessory

MY LITTLE HANDS DOT TO DOT & COLOUR BY NUMBERS BUKU AKTIVITI - MIND TO MIND
![[PENDRIVE MOVIE] 25 MOVIE | HEROIC FUTURISTIC MOVIE COLLECTION | KOLEKSI MOVIE HEROIK FUTURISTIK](https://img.lazcdn.com/collect/social-img/5c1f9ce1dfc048b0b335e27a05069e22_705f6a7f38584899a343d04cb66bba02.png_300x300q80.png)
[PENDRIVE MOVIE] 25 MOVIE | HEROIC FUTURISTIC MOVIE COLLECTION | KOLEKSI MOVIE HEROIK FUTURISTIK

Aroma AGS-03 Guitar Stand A-frame Holder Bracket for Guitar Bass Universal Compact Rabbit Shape



