
Raid Arjuna (cover lama) - Rose Harissa (PRELOVED)
Buku terpakai, kondisi buku seperti dalam gambar & video...Khas untuk mereka yang mencari cover lama...SINOPSISHasil bedah siasat mendapati Tuan Gilbert meninggal kerana kehilangan darah lapan jam selepas ditikam.”“Aku rasa... Bonda kau dah hilang.”Longlai dan terduduk Raid Arjuna saat fakta tentang kedua-dua ibu bapanya dibentangkan di depan matanya.Degil, kerana sikap itu… Hidup Raid Arjuna dihantui rasa bersalah berpanjangan selepas satu insiden terancang telah melibatkan dirinya dan dia menjadi tunjang masalah tersebut. Penculikan. Pembunuhan ayahnya, Tuan Gilbert. Kehilangan bondanya, Engku Marsitah tanpa jejak serta seluruh harta keluarga dirampas, akhirnya seorang Raid Arjuna yang lembik dan tidak pernah kenal apa itu erti susah mencabar diri untuk menuntut keadilan dengan caranya yang tersendiri.Saat tanggungjawab berat ditimpakan ke pundaknya, Raid berhenti jadi anak manja. Selama 15 tahun, Raid bangkit memperlihatkan sikap tangguh berdepan musuh-musuh keluarganya dalam gelanggang korporat. Bagi kakistokrasi, Raid adalah ancaman kerana melatih kader-kadernya sendiri termasuk Yasmin Qawla Azwar. Hubungan platonic yang terbina atas dasar kemanusiaan.“Zaman orang berpistol, kau masih ke hulu ke hilir dengan kerambit. Kau perasan kebal macam pendekar jawa Taming Sari, eh?” – Yasmin“Apa pun Yasmin, jangan terburu-buru, okey? Perkara ni bukan main-main. Siapa pun, dan apa pun gelaran mereka, pokoknya mereka ada di luar sana. Mereka boleh bunuh orang sesuka hati dan tak ada sesiapa berani melakukan apa pun untuk menghentikan mereka.” - RaidTapi pengawal peribadinya Noah dan Gambit menyedari sesuatu... Fizikal luaran Raid mungkin kalis pukulan tapi sekeping hati Raid menjadi rapuh hanya kerana Asyanur!“Syarikat orang pun aku boleh rampas, inikan pula Asyanur yang belum sah jadi isteri kau!” – Raid.Musuh kembali mahu mencelakakannya dan dia harus melindungi Asyanur daripada terkena tempias. Satu per satu rahsia lebih hitam terkuak.“Terima kasih Raid Arjuna… Awak betul-betul jaga saya dengan nyawa awak.”- AsyanurIni kisah tentang kesaterian putih, pengorbanan melawan kuasa manusia, kecintaan dan kesetiaan serta sejauh mana manusia sanggup berubah melawan pengkhianatan serta kerakusan.“Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya!” – Raid

Pustaka Buku Adam
Review

You May Also Like

SLADE 4/4-3/4 Violin 4-piece Set String Plate String Shaft Tail Pegs Cheek Rests Fine Patterns Ebony Colored Shells Violin Parts

Electric Guitar Bag Electric Guitar Bag Thickened Unique Electric Guitar Special Backpack Backpack Leather Bag Electric Guitar Bag Shockproof

Eleeza: The Art of Eliza Ivanova

超越极限系列 空手道篇 漫画 AI01-AI06 - GEMPAK STARZ KADOKAWA

IRIN | IRIN 2Pcs 8 Inch Drum Head White Waterproof Drum Skin Jazz Drums Skin Parts Percussion Musical Instruments Accessories

🔥正版现货🔥 DeepSeek 实用操作指南 AI操作基础指南 入门 搜索 答疑 写作 李尚龙○著『全面提升工作效率 学习效率 生活效率』

IRIN | IRIN Pan Flute 16 Pipes C Key Panpipes Row Flute with Bag Beginning Student Flauta Traditional Woodwind Musical Instrument

🔥PROMO PRICE🔥 💯正版💯 幼儿英语启蒙绘本(10册) 📱 手机扫描,精彩动画同步播放!一边看书,一边互动学习,让孩子在游戏中自然爱上英语 ❤️

WE 2884 = DJ手拍鼓 DJ Hand Clap Drum Ready stock in Malaysia

Disney Frozen Look & Find Series Childrens Activity Book in Malay Language

Trucks & Diggers Puffy Stickers Colouring Book with Construction Activities For Kids



