IMAN Kunci Solat Khusyuk: Hayati Makna Bacaan Dalam Solat by MuzuzaMild and effective

Sabar by Ustaz Muzuza 

  Penulis: Ustaz Muzuza Penerbit: IMAN Publication Tahun Terbitan 2025 Bahasa: Bahasa Melayu ISBN : 9786299628545 Bil Muka Surat: 200 m/s Format: Paperback Harga: RM35   Sinopsis: "Setiap hari kita solat. Setiap rakaat kita baca doa dan surah. Tetapi kita tidak faham pun apa yang kita baca. Jadi, macam mana nak rasa dekat dengan Allah?" Solat ialah anugerah daripada Allah SWT buat kita. Pada saat kita terluka, kepenatan atau putus asa, solat menawarkan kerehatan dan kelegaan. Pada saat kita bahagia, gembira dan aman, solat ibarat rakan yang mengingatkan kita akan hakikat kehidupan. Ya, solat sentiasa ada bersama kita. Namun, mengapa solat sering kali terasa membebankan? Dan mengapa hati kita masih kosong seusai solat? Melalui buku ini, Ustaz Muzuza mengupas makna di sebalik lafaz-lafaz yang kita ungkapkan semasa solat. Daripada takbiratul ihram hingga tahiyat, setiap kalimah disusun dengan sempurna — agar jiwa kita akhirnya terubat, dan diri kita dapat berehat. Dengan memahami setiap bacaan, kita akan mempelajari bahawa Allah Maha Mendengar segala pujian dan permohonan kepada-Nya; dan solat, ialah ruang khas untuk "meluah" kepada Allah SWT setulus hati.


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى    “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ditimpa dengan suatu ujian, Baginda akan mengerjakan solat.” (Riwayat Abu Daud)

Kiwi Book House

Kiwi Book House

Penilaian penjual 92%

Ulasan

Oops
Video ini tidak mempunyai ulasan.