AGAR AGAR KERING PERISA BUAH ( bentuk bunga ros )

ada 4 perisa buah,mangga ,laici ,sirap dan tembikai susu berat 500 gram.Agar-agar kering atau juga dikenali sebagai beleda kering di Kelantan dan Terengganu merupakan sejenis kuih tradisional lama.Rasanya sedap dan enak. Agar-agar kering merupakan sejenis kuih yang manis dan tahan lama.Agar-agar kering merupakan pada asasnya dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan. Agar-agar kering biasanya dibuat pelbagai warna agar menarik dan dijemur separa kering menjadikan ia tidak mudah rosak dan tahan lama. Pada asasnya agar-agar dibuat seperti biasa, tetapi dengan tambahan menggunakan gula batu dan bukannya gula pasir. Lebih dari satu warna dihasilkan dan daun pandan digunakan bagi menimbulkan bau wangi. Kemudian apabila agar-agar telah menjadi keras, agar-agar tersebut akan dipotong pada saiz potongan yang bersesuaian. Saiz potongan tersebut biasanya akan berkurangan selepas dijemur apabila agar-agar tersebut kehilangan air dan berubah menjadi agar-agar kering.Agar-agar kering yang baik biasanya mempunyai rupa berkaca, disebabkan kandungan gula yang mengeras dikelilingnya. Ia mempunyai rasa yang rangup di habagian luar dan lembut di dalam. Agar-agar kering biasanya jarang dihasilkan dan hanya dibuat bagi acara istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

SURI NATURA

SURI NATURA

Penilaian penjual 100%

Ulasan

Oops
Video ini tidak mempunyai ulasan.