
MM - Cak perdik (herbs) live plant sappling
Cak perdik merupakan sejenis tumbuhan tropika yang biasa dijumpai di kawasan semak atau belukar kecil seperti di kebun getah. Ia sejenis tumbuhan berdaun berkembar dengan saiz daun yang kecil daunnya nipis dan mempunyai permukaan berkilat dibahagian atasnya. Jika dilihat seimbas lalu hampir menyamai daun pokok serai kayu. Ia merupakan pokok renek dengan ketinggian sekitar 3-10 kaki. Bunga cak perdik bersaiz kecil lebih kurang saiz syiling 20 sen, berwana putih ,berbau wangi dan mempunyai 6 kelopak. bau wanginya menjadi lebih kuat pada waktu malam. Nama botani tumbuhan ini yang paling hampir dijumpai buat masa ini ialah tabernaemontana bufalina. Daunnya sama cuma kelopak bunganya agak lain sedikit. bunga cak perdik mempunyai 6 kelopak dengan bahagian hujungnya berbentuk runcing, manakala bunga tabernaemontana bufalina mempunyai 5 kelopak dan bahagian hujung kelopaknya agak bulat, tidak runcing. Ciri-ciri lain semuanya sama. Secara amnya cak perdik hanya dianggap tumbuhan liar yang tidak banyak kegunaannya. Tetapi sebenarnya cak perdik adalah tumbuhan yang sangat bernilai dalam khazanah perubatan herba tradisional. Antara kegunaan pokok cak perdik ialah untuk mengubati barah daging (akarnya dicampur dengan akar mata ayam, direbus dan diminum airnya). Kegunaan lain ialah mengubati ruam dan ulcer dalam mulut. Juga digunakan untuk mengubati sakit perut. Ia juga disebut dalam manuskrip perubatan melayu lama ( kitab tib) MS1991 , digunakan untuk mengubati penyakit puru , sejenis penyakit seperti kudis yang menyerang kulit , tulang dan sendi , disebabkan oleh jangkitan bakteria spiroket Treponema pallidum pertenue.Cak perdik membiak dengan biji benih dari buahnya yang berbentuk beri. berwarna hijau ketika muda dan menjadi ungu kehitaman apabila ranum. Ia juga boleh dibiakkan secara vegetatif menggunakan keratan batang.

Melur Mall
Review

You May Also Like

【READY STOCK】High Pressure Hose Power Sprayer Hose Compressor Air Hose Spray Hose 8.5mm Agriculture Spray Hose

XGA38 Handheld Seedling Transplanting Cylinder Plastic Handle Vegetable Planter Durable Efficient Hole Punch Digger Gardening Use

Ferrous Sulfate Fertilizer For Acid-loving Plants Used To Prevent Yellowing Leaves In Potted Plants A Water-soluble Fertilizer For Adjusting Soil PH

Biji Benih Bunga Peoni(8 Seeds)**Oringinal Pack**/牡丹花种子/Peony Fower Seeds

【Hot sale】300ML Succulent Dwarf Succulent specially for succulents promotes bud differentiation

Tikar Lipat Plastik Klasik / Tikar berkelah /Tikar Plastik Tradisional /Foldable Picnic Mat /Tikar Jemaah

Biji Benih Sayur-Sayuran (Paket Besar) / Vegetable Seeds (Large Pack) / 蔬菜种子(大包装)

【COD】Plant Stand Floor Iron Round Flower Pot Rack Home Garden Indoor Balcony Decor Rak Pasu Bunga Besi

MeeGoo Automatic Watering Device With Intelligent WiFi APP For Remote Control Watering System For Plant Auto Flower Watering Timer

Good Quality Outdoor Grilling Dish Round Barbecue Plate Nonstick Cooktop Flat Thin Frying Pan

New mosquito repellent lamp Black technology electronic mosquito repellent device Household silent mosquito repellent



